BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 4, 2012

Semangat, Kejap ada Kejap Takde *Caaakkk

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Assalamualaikum W.B.T ....

Sejahtera keatas kamu semua :)

Pertama tama tama tama (SEMANGAT SIKIT)!

Saya sekarangggg dah berada di Semesterr 5 dah ! *yeayyy , tepukk tangan sikit* okayy overr dahh . haha . Korang - korang , saya dah nak habis Diploma dekat sini Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak ini ! *wahh , skemaaaa ~*

Kedua dua dua duaaa (BERTAMBAH SEMANGAT) !

Saya dah 2 bulan membujang , hahahaha . *perlu ke mention pasal tu ?*  Apa pun yang orang disekeliling cakap, apa pun orang disekeliling fikirrr, terpulang kepada mereka. Biar saya yang menentukan hidup saya !

Ketiga tiga tigaa tigaaaa (TAK LARAT DAH) ~_~

Saya nak cakap , yang saya bahagia dengan hiduppp sayaaa ! *yeayyyy , semangat balikkk* terpulang pada individu, bagaimana mereka ingin menilai diri ini. Jadi, #Selagi perjuangan hidup ini belum tamat, terusssslahh melangkah kehadapan# *itu moto hidup saya, bukan motor EX5 ye :D *

Terakhir akhir akhiirrr (SAKIT JARI)

Sayaaaaa nak berhenti menaip, sekarangg 'Akak' dah makin malasss nak hapdate kat siniii . sorry lahh yee , kemalasan ni sangat tidak dapat dielakkan. Sibuk memanjang dengan tugasan di Kolej. Akhir kata untuk Intro kali ni, ingat moto hidup saya selalu :)



Tuesday, July 24, 2012

Syaza Tetap Syaza

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah , yeayyy !
 sekali lagi saya mampu berpijak dilantai kolej ~
 syukur, terima kasih Ya Allah 
kerana memberi peluang sekali lagi untuk
 saya merasakan kehidupan di dunia ini . :)



Syaza tetap akan menjadi Syaza walauapapun yang terjadi :)



keep this word : SEKEPING GAMBAR PUNYA SERIBU MAKNA :)
#renung-renungkan, selamat berfikir .


Monday, July 23, 2012

JODOH DARIMU

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Aku masih akur dengan ketentuan ilahi, sehingga kini aku masih tidak menemui insan yang mampu menjadi Imamku... Setelah pencarian ku hingga kesekian kalinya, aku rasa aku semakin menghampiri insan tersebut... Ya Allah, Kau satukanlah hati kami seperti mana kau satukan hati Adam Dan Hawa... 


furhh , berjiwangg sebentar :)

Tuesday, July 10, 2012

MUHASABAH DIRI *renungan bersama

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum, harini intro saya dimulakan dengan senyuman. :)

Tak banyak benda yang saya ingin kongsi kannn, saya bersyukurr kerana saya mampu lagi berdiri disini bersama orang-orang yang saya sayangi. Suasana kolej yang saya gemari *skema sangattt. apa yang saya harapkan adalah semua sahabat mampu untuk menjadi sahabat yang terbaik diantara yang terbaikkkk .

Bersyukur dengan apa yang anda ada. Jangan sesekali mengambil kesempatan diatas kesenangan orang, jangan pula anda semua menjadi sumber yang mampu menyusahkan semua orang.

RENUNG-RENUNGKAN, SELAMAT BERAMAL :)


JADI DIRI SENDIRI TANPA BERPIJAK DIATAS KEPALA ORANG LAIN

INGAT TU YE SAHABAT-SAHABAT SEMUA !

oh, kolej :')

cewaaaaa' nahhh tengok sikit muka org sibuk nie . =="

Assalamualaikumm, lama betul syaza tak update blog nie, habuk dah bersepah kat dalam nie haaa , hehe. sekarang nie, syaza sangat sibuk dengan tugasan kat kolej. emm , update nie pun just nak menyegarkan kembali blog yang suram nie. 


eheeem , aweksss nie nak jgakkk . comel tak kitorang ? *phuii , perasaaannnn ~

Tuesday, April 17, 2012

CINTA ANTARA LANGIT DAN LAUT


Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-merahan.

Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya mahu melihat laut sahaja.

Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengahdi antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langitdan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan laut.

Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin. Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan.

Lantas terpecah-pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasaterseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadaplangit, awan menangis sedih.

Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.